siapakah Osama Bin Laden itu? dan apa yang melandasi Aksi-aksinya? berikut ini adalah sejarah hidup Osama Bin Laden dan apa yang menjadi landsannya untuk melakukan aksi-aksinya.
Sejarah Hidup Osama Bin Laden
Ketika Timur Tengah menikmati peningkatan ekonomi hasil dari perdagangan minyak pada tahun-tahun 1970-an, Muhammad bin Ladin, berhijrah dari Yaman dan bermastautin di Saudi Arabia. Beliau memulakan sebuah perniagaan yang kemudiannya menjadi salah satu daripada syarikat pembinaan yang terbesar di Timur tengah, Bin Ladin Corporation. Syarikat ini terbabit dengan pembinaan jalanraya, bangunan, masjid, lapangan terbang dan lain-lain prasarana di kebanyakan negara-negara Timur Tengah.
Usama adalah anak kepada Muhammad bin Ladin. Sebagai seorang anak muda,
beliau jelas lebih warak daripada saudara-saudaranya yang lain dan penglibatan
syarikat keluarga beliau dalam pembinaan semula Masjidil-Haram dan
Masjid-an-Nabawi di Makkah dan Madinah telah memberi kesan yang mendalam kepada
beliau.
Pada tahun 1979, saat beliau baru saja menamatkan pelajaran di Universitas
King Abdul Aziz di Jeddah dengan memperoleh ijazah dalam bidang Kejuruteraan
Sivil, Soviet Union menyerang dan menduduki Afghanistan. Pihak Mujahideen
mengeluarkan permohonon bantuan internasional. Usama bin Ladin menyahut seruan
itu dengan menghantar dirinya sendiri bersama-sama dengan jentolak-jentolak
keluarganya ke Afghanistan. Beliau tersentuh, kata beliau, dengan permintaan
dari umat Islam yang lemah menghadapi ‘kuasa-besar’ abad ke-20. “Di dalam agama
kita, terdapat tempat yang istimewa di akhirat nanti kepada mereka yang
menyertai Jihad,” kata beliau. “Sehari di Afghanistan adalah seperti 1000 hari
sholat di mana-mana masjid biasa.”
Pada mulanya sumbangan beliau lebih kepada sumbagan sokongan. Beliau
merekrut beribu-ribu pejuang Arab dari Timur Tengah, membiayai ongkos mereka ke
Afghanistan dan mendirikan kem-kem untuk melatih mereka. Kemudiannya beliau
juga telah mereka-bentuk terowong-terowong pertahanan dan parit-parit di
sepanjang sempadan Pakistan, memandu jentolak, menghadapi risiko
tembakan-tembakan helikopter Soviet.
Tidak lama kemudian, beliau sendiri mula menggalas Kalashnikov dan
menyertai pertempuran. Pada tahun 1986, beliau bersama-sama beberapa dozen
pejuang Arab berjaya mematahkan serangan pihak Soviet ke atas sebuah bandar
yang bernama Jaji, tidak jauh dari sempadan Pakistan. Kepada para Mujahideen
Arab tersebut, kejayaan ini adalah antara bukti pertama bahawa pihak Russia
boleh dikalahkan. Setahun kemudian, Bin Ladin memimpin satu serangan ke atas
tentera Soviet di dalam pertempuran Shaban. Pertempuran tangan yang hebat
menyebabkan ramai dari para Mujahideen gugur shahid. Walaubagaimanapun
Usama dan para Mujahideen pimpinannya berjaya juga menghalau pihak Soviet
keluar dari kawasan tersebut, dengan Pertolongan Allah SWT.
“Beliau merupakan seorang wira pada kami kerana beliau sentiasa di barisan
depan, sentiasa mara ke hadapan,” ujar Hamza Mohammed, seorang pejuang Palestin
yang menyertai Jihad di Afghanistan dan kini menguruskan salah sebuah projek
pembinaan Bin Ladin di Sudan. “Beliau bukan sekadar memberikan wang beliau,
tetapi beliau juga memberikan diri beliau. Beliau datang dari istana beliau
untuk tinggal bersama-sama dengan orang miskin Afghan dan para pejuang Arab.
Beliau masak dengan mereka, makan dengan mereka, menggali kubu-kubu dengan
mereka. Itulah cara Bin Ladin.”
Semasa pembesaran Masjidil-Haram dan Masjid-an-Nabawi pada sekitar 1980-an,
Raja Fahd sendiri menawarkan Usama kontrak untuk membesarkan Masjid Rasulullah
SAW di Madinah. Kontrak ini akan memberikan untung bersih sebanyak $90 juta
kepada beliau. Beliau menolak tawaran ini kerana beliau tahu tawaran ini adalah
untuk mengalih perhatian beliau dari Jihad di Afghanistan kepada pembinaan
masjid. Beliau pernah berkata bahawa kekayaan beliau bertambah dan perniagaan
beliau semakin maju selaras dengan bertambahnya wang yang beliau belanjakan
untuk Jihad.
Bin Ladin pulang ke tanahair dan disambut sebagai kenamaan. Tetapi kepopularan
beliau mula menghilang apabila beliau mula mengatakan kebenaran terutamanya
yang menyentuh rejim Saudi. Kerajaan tersebut sudahpun dikiritik oleh para
aktivis Islam kerana penyelewengan dan tidak melaksanakan perundangan Islam.
Semua ini juga ditentang oleh Bin Ladin. Akhirnya apabila Raja Fahd membenarkan
tentera kuffar Barat masuk ke Saudi ketika Perang Teluk, beliau mula mengkritik
kerajaan dengan terbuka. Beliau juga menjadi sasaran kempen penganiayaan ke
atas aktivis Islam lantas beliau melarikan diri ke Sudan pada 1991. Sejumlah
besar ‘Arab Afghan’ dari pelbagai negara mengikut beliau ke Sudan dan bekerja
di syarikat yang beliau tubuhkan di Sudan. Beliau berusaha membantu Sudan
dengan membina prasarana. Kerajaan Saudi mengisytiharkan beliau penjenayah dan
kewarganegaraan beliau dilucutkan. Sejumlah wang yang banyak juga diletakkan
untuk kepala beliau.
Di Sudan, perniagaan beliau berkembang maju sehingga menjadi lebih besar
dari yang di Timur Tengah. Satu cubaan membunuh beliau telah dilakukan di Sudan
tetapi beliau berjaya menyelamatkan diri walaupun mengalami kecederaan. Beliau
tinggal di Sudan selama kira-kira lima tahun, membiayai Jihad di pelbagai
negara di dunia seperti Afghanistan, Bosnia, Yaman, Chechnia dan lain-lain
tempat, sehinggalah kerajaan Sudan mengusir beliau atas tekanan dari Amerika
Syarikat dan atas tuduhan beliau membiayai gerakan pengganas (gelaran kuffar
Barat kepada Mujahideen) di seluruh dunia.
Dengan kekayaan peribadi yang dianggarkan sekitar $300 juta, beliaulah yang
dianggap sebagai ‘U.S. State Department’ sebagai,“seorang daripada penaja
kewangan utama gerakan extermist Islam di dunia kini.” Ataupun seperti mana
yang dikatakan oleh seorang pegawai Amerika Syarikat, beliau adalah ‘ikan
besar’ kerana reputasi keperwiraan beliau memberikan beliau pengaruh. Menurut
pegawai ini,“Bin Ladin adalah orang yang boleh pergi menemui seseorang dan
berkata, ‘Saya mahu awak tuliskan cek 6 angka,’ dan beliau akan mendapat cek
tersebut serta-merta.”
Pada musim panas 1996, Bin Ladin berpindah dari Sudan ke Afghanistan.
Beliau kini di Afghanistan membantu membiaya dan menyusun para Mujahideen
seluruh dunia. Selepas keadaan yang semakin buruk di Saudi Arabia, selepas
penahanan para ulama dan ratusan pemuda-pemuda Mujahideen, selepas kekayaan negara
tergadai kepada Barat dan pendudukan tentera Amerika di 3 bumi suci, Bin Ladin
membuat keputusan untuk bertindak. Pada 26 Ogos 1996, beliau mengeluarkan
kenyataan yang pertama. Dokumen berbahasa Arab setebal 12 halaman yang
bertajuk,“Pengisytiharan Perang” oleh Usama bin Muhammad bin Ladin. Kenyataan
ini memberikan amaran terakhir kepada semua tentera Amerika agar meninggalkan
bumi suci umat Islam, atau mereka akan menerima tindakan ketenteraan dari para
pemuda yang sama, dengan bantuan Allah SWT, telah mengalahkan kuasa kuffar
terbesar di dunia, di Afghanistan.
“Umat Islam terbakar dengan kemarahan kepada Amerika. Demi kebaikannya
sendiri, Amerika mesti meninggalkan [Saudi Arabia - bumi tanah haram].” - Usama
bin Ladin
Mujahid ini meninggalkan kehidupan mewah dengan kekayaan yang tak termimpi
oleh kita. Apakah sebabnya? Apakah yang ada pada Jihad sehingga menjadi lebih
manis daripada kehidupan mewah dengan $300 juta? Masihkan kita sayangkan
sedikit kekayaan kita dari cinta pada Allah, juga Rasul-Nya? Masihkah kita
sayangkan dunia ini hingga melupakan akhirat? Masih lekakah kita dengan hidup
sehingga kita melupakan mati; Mati yang hanya sekali itu…. Untuk siapakah mati
kita?
Sejarah Kandahar
Pelajaran dari Masjid Kandahar. Setelah solat asar, salah seorang Mulla
(Kyai) yang sudah biasa mengajar di jami, masjid Kandahar duduk bersandar pada
salah satu sudut masjid, kemudian beberapa puluh pemuda kelihatan berebutan
untuk duduk mendekatinya. Setelah melihat murid muridnya duduk dengan tertib,
Mulla itu berkata sambil menunjukkan sebuah kitab yang di bawanya: Saya membawa
Kitab Sejarah Kandahar, dan hari ini kita akan membaca sejarah Mujahid bernama
Usamah.
Lalu beliau memberikan kitab itu kepada salah seorang murid yang duduk di
pinggirnya sambil menyuruhnya untuk membaca kitab itu dan memperdengarkan
suaranya kepada seluruh teman temannya, pemuda itu menerima kitab itu dengan
penuh semangat dan sopan, ia kelihatan bangga mendapat tugas itu dari Mulla.
Lalu ia mulai membuka daftar isi Kitab, dan memilih sebuah judul yang bertulis
kisah Kedatangan Usamah bin Ladin ke Afghanistan dan perjuangannya dengan
Amirul Mukminin Mulla Muhammad Umar Mujahid. kemudian ia mulai membaca Basmalah
dan puji pujian kepada Allah swt. Dan di teruskan dengan membaca buku itu dengan
lantang:
Pada tahun 1417H pada bulan Allah Muharram Usamah datang ke bumi Kandahar,
kedatangannya adalah karena ia terusir dari kaumnya di sebabkan ia tegas
menolak untuk ikut menyembah berhala yang bernama Amerika, ia bertekad untuk
memerangi Amerika tetapi ia tidak mendapat sambutan kaumnya kecuali hanya
segelintir dari mereka, dan ada juga beberapa gelintir dari negeri negeri lain
yang sudi untuk ikut bersamanya, tetapi mereka semua asing dan lemah, mereka
tidak punya kekuatan untuk membela diri.
Kemudian Usamah mendatangi pimpinan pimpinan Qabilah qabilah Arab, meminta
mereka untuk membantunya dan memberi jaminan tempat tinggal baginya dan
pengikutnya untuk mempersiapkan diri melawan kekuatan si Berhala Amerika.
Suatu hari ia mendengar bahwa hukum Islam di laksanakan di Sudan, ia
mengirim utusan untuk menemui sang Raja umtuk meminta bantuan jaminan tempat
tinggal baginya dan pengikutnya.
Sang Raja berkata,“pintu kami selalu terbuka dan bumi kami adalah milik
kita bersama .. datanglah sebagai tamu terhormat, tanamkan hartamu di sini dan
jika kau sudi ikutlah bersama kami berjihad.” (melawan pemberontak Sudan yang
di ketuai oleh John Garang)
Usamah sangat gembira mendegar jawaban itu dan segera mempersiapkan diri
untuk berhijrah ke negeri Sudan, kemudian ia tinggal di sana dan mendirikan
berbagai Mu’askar (camp) dan melatih Mujahidin bersama pejuang dari kalangan
tentara Sang Raja, dan mereka gembira di sana untuk beberapa waktu sambil
membina negeri, jalan jalan di perbaiki, pasar pasar menjadi ramai, dan
negeripun makin makmur.
Suatu hari berhala Amerika membentak Sang Raja dan berkata “keluarkan
mereka dari negerimu !!”
Sang Raja menjawab “daulat tuan.. titahmu kami junjung tinggi, demi mencari ridho mu”
Sang Raja berbalik kepada Usamah seraya berkata: “Keluar dari negeri kami..!!!”
Usamah menajwab “Bukankah kita telah mengikat perjanjian untuk berjihad bersama?”
Sang Raja menjawab “ya..tetapi Jihad melawan John Garang dan bukan Amerika”
Usamah menjawab “Sejak dahulu aku berniat menghancurkannya dan teman temannya”
Sang Raja menjawab “tiadalah kami mempunyai kekuatan, keluarlah dari negeri ini”.
Sang Raja menjawab “daulat tuan.. titahmu kami junjung tinggi, demi mencari ridho mu”
Sang Raja berbalik kepada Usamah seraya berkata: “Keluar dari negeri kami..!!!”
Usamah menajwab “Bukankah kita telah mengikat perjanjian untuk berjihad bersama?”
Sang Raja menjawab “ya..tetapi Jihad melawan John Garang dan bukan Amerika”
Usamah menjawab “Sejak dahulu aku berniat menghancurkannya dan teman temannya”
Sang Raja menjawab “tiadalah kami mempunyai kekuatan, keluarlah dari negeri ini”.
Mulla memberi Isyarat kepada muridnya yang sedang asyik membaca untuk
berhenti sejenak karena beliau ingin memberi sedikit keterangan, lalu Mulla
berkata,“Dalam hal Usamah, Sudan ternyata lebih takut kepada Amerika berbanding
kepada Allah swt, dan ketika itu Sudan sempat kebingungan karena harus
melepaskan harta Usamah yang telah banyak di tanamkan bagi perdagangan negeri
itu, tetapi ketakutan Sang Raja Sudan kepada Amerika ternyata lebih besar dari
kepentingan rakyatnya sendiri, hingga Sang Raja lebih memilih mengusir Usamah
demi relanya sang berhala, walau Amerika tetap masih tidak rela kepada Sang
Raja Sudan, karena Sang Raja enggan untuk turun dan di ganti oleh John Garang.
Kemudian Mulla berkata,“Baiklah, teruskan bacaanmu nak..!!!” Si pemuda yang
tenggelam dengan keterangan Mulla tersentak dan bergegas mencari baris terakhir
yang di bacanya tadi..lalu ia meneruskan bacannya Usamah terpaksa mencari siapa
yang sudi menjamin dan menolongnya untuk menghancurkan sang berhala, lalu ia
mendengar bahwa hukum Islam kembali di laksanakan di Kandahar oleh suatu kaum
yang menamakan diri sebagai Taliban, mereka di pimpin oleh si pemberani bernama
Mulla Muhammad Umar Mujahid yang di juluki sebagai sang Amir, lalu Usamah
mengutus utusan kepadanya.
Amir Taliban berkata: “Mari kita angkat senjata, melawan pemberontak dan
perampok perampok di negeri kami”.
Usamah menjawab “Tujuan kami menghancurkan sang berhala”.
Amir menjawab “Allahu Akbar, menghancurkan berhala adalah Hobi kami.”
Usamah menjawab “Bukan sekadar hobi..tetapi demi Jihad Fi sabilillah.”
Amir menjawab “Kami memang Manusia Jihad dan anak anak yang lahir bersama
desingan peluru, Peperangan adalah ibu yang menyusui kami.”
Usamah berkata “Sanggupkah kamu bersamaku memerangi Salib?”
Amir menjawab “Berperang dan berdamailah kepada siapapun yang kau
kehendaki, berhubunganlah dengan siapapun yang kau kehendaki, ambil seberapa
banyak yang kau kehendaki dari harta kami, kami pasti sabar dalam berperang dan
berani melangkah kedepan, walau kau ajak kami mengharungi lautan benua untuk
memerangi sang Berhala, pasti kan kami harungi bersamamu”.
Usamah berkata “Tapi kau akan ditembak oleh seluruh kaum Arab dan Romawi
dari busur panah yang sama,”
Amir menjawab “Yakinlah bahwa semua itu tiada akan terjadi kecuali jika
telah diizinkan oleh yang maha Menjadikan.”
Usamah berkata “Tetapi sang berhala akan datang dan mengupah berbagai
Kabilah untuk mebnghabisimu,”
Amir menjawab “Allah pelindung kami, sedang mereka tiada memiliki
pelindung.”
Usamah masih belum yakin, dan berkata “Tahukah engkau bahwa sang berhala
mempunyai bala tentara dan pedang yang sangat tajam? Mereka akan datang dan
menguasai negerimu.”
Amir menjawab “Ya kami tahu, tetapi kami tidak akan berkata seperti
perkataan kaum Musa as. Kepada Nabinya ‘Pergilah engkau (wahai Musa) berperang
bersama Robbmu, dan kami akan tetap tinggal di sini’, sungguh wahai Usamah kami
akan mengawalmu dari kanan dan kiri, depan dan belakangmu, dengan harapan
semoga Allah memperlihatkan kepadamu apa yang menyenangkan hatimu, sungguh
negeri ini belum pernah di jajah oleh suatu tentara, pasti mereka akan lintang
pukang lari- kecuali tentara Qutaibah.”
Usamah berkata “Umat manusia akan berlepas diri darimu dan penduduk bumi
akan meninggalkanmu sendiri.”
Amir menjawab “Cukuplah bagi kami keberadaan Allah, dan jika ia sudi akan
menyatukan kami dengan penghuni Firdaus di Langit.”
Usamah berkata “Mereka akan memboikotmu dan membiarkanmu kelaparan.”
Amir menjawab “Sesungguhnya Allah maha memberi Rezki dan maha mempunyai
kekuatan yang besar.”
Usamah berkata “Mereka hanya ingin menangkapku.”
Amir menjawab “Tenanglah, mereka tidak akan menyentuhmu selagi mata kami
belum tertidur.”
Usamah berkata “Apakah kalian akan menjagaku sebagaimana kalian menjaga
anak dan Isteri?”
Amir menjawab “Ya DemiAllah, bahkan mereka akan kami keluarkan dari rumah
kami agar kau bisa tinggal di rumah kami, Darah harus dibayar darah, kehancuran
pun begitu, Pukullah si berhala dan jangan lupa membaca Basmalah, pukullah..!!!
akan kami korbankan anak anak dan ibu ibu kami, pukullah dan berlindunglah di
belakang kami, biar leher kami mereka cekik asal lehermu selamat, teruskan
pukulanmu semoga Rabbul Jabbar bersama kita.”
Tiba-tiba si pemuda berhenti membaca karena mendegar isakan dari Mulla, ia
terkejut melihat Mulla telah menutupi mukanya dengan serban dan badannya
bergoncang menahan isakan sambil terus menerus bertakbir, seluruh pemuda
terdiam tanpa sepatah kata. Mulla mulai membersihkan matanya yang telah di
penuhi genangan air, kemudian berkata : “Aku telah banyak membaca buku buku
sejarah, tetapi aku belum mendapati suatu kaum yang lebih jujur dari mereka
ketika menolong seseorang, kecuali kaum Aus dan Khazraj, para Anshar yang menolong
Rasul saw. Lihatlah kubur kubur mereka di lereng lereng pegunungan Tora Bora,
Shahikot, Kandahar dan Kabul sebagai bukti bahwa mereka benar benar pemberani.
Aku mendengar bahwa tentara Salib sempat menawan salah seorang dari mereka,
kemudian ia ditawari agar memberi tahukan keberadaan Usamah yang bersembunyi
dengan imbalan ia akan di bebaskan kembali dan di beri uang tetapi ia menjawab
‘Demi Allah kalau Usamah bersembunyi di bawah telapak kakiku, aku tidak akan
mengangkatnya untuk menunjukkannya kepadamu’.” Kemudian Mulla kembali terisak,
dan kali ini terdengar makin keras.. nampaknya Mulla sudah tidak bisa
meneruskan pelajarannya lagi.. ia bangun meninggalkan kumpulan pemuda itu
sambil terus menangis…